السلام عليكم
![]() |
Tarbiah si Ibu |
Olala..kembali bersiaran secara langsung bersama pengacara anda pada hari ini di Studio Rakaman TV al-Hijrah...bersama saya, ya memang tidak asing lagi panel tetap kita, Brother Si Kopiah Putih yang datang jauh dari Papua New Guinea katanya..Si Kopiah Putih: "Ya saya..ehem2"..*penonton bersorak*....wowowowo..perasan betul...jadi tajuk yg kita akan bincangkan pada hari ini memang mempunyai signifikannya tersendiri...dan tajuk ini sedang hangat diperbincangkan di 'pencecet' ataupun 'mukabuku' or even 'belog2'...jadi kita terus serahkan majlis kepada panel kita...
Bro SKP terus mengambil mic lalu melontarkan suara serak2 basahnya...takde keje betul...hayatilah bait2 kata yang terkandung dalam lirik lagu ini...
HIJJAZ-Belaian Ibu
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Bro SKP:
*selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم*...uhuk2...itulah sedikit mukadimah daripada ana..saje test suara pagi2 nie...amboi...jadi tajuk yang kita bakal bincangkan sememangnya penting iaitu tarbiah si Ibu untuk anak-anaknya dan tidak lupa juga peranan si suami...dan apa yang ana lihat pada hari ini masyarakat memandang enteng akan perkara ini seakan-akan ianya tiada kepentingan langsung..jadi saya menyokong sepenuhnya buah fikiran yang diutarakan pihak penganjur untuk mengetengahkan isu ini..mantap betul!!!...
"Anak-anak bagaikan permata ayah bonda...Mereka merupakan penyejuk hati dan penenang perasaan...Anak-anak menjadi pengerat kepada hubungan suami dan isteri....Bahtera rumah tangga pasti sunyi dan hambar tanpa anak-anak sebagai penyerinya...Membalas keperitan dan kedukaan mereka dengan kasih sayang menyebabkan ayah dan ibu bertambah kasih kepad anak-anaknya..."
Baiklah sekarang saya ingin berkongsi satu Hadith riwayat Ibn Majah
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: "Muliakan anak-anak kamu dan tunjukkan kepada mereka adab-adab yang baik."
Sebaik-baik didikan adalah di rumah...Jadi ana ingin berkongsi satu lagi kisah benar lagi shahih daripada Prof Dr Muhaya:
"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini.Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak(ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu,pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
![]() |
Ustaz Don Daniyal |
SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)
![]() |
Purple? |
#Alhamdulillah...sememangnya plan aku dari sekolah menengah dah nampak ada bukti positif...tak sia2 berdebat melawan 7 wirawati 5 Tabah mempertahankan ideologi aku untuk menetapkan isteriku tidak bekerja setelah mendapat zuriat yang pertama...bukan menghalang kebebasan isteri tetapi aku faham tanggungjawab yang bakal dipikul...cukuplah dengan tulang 4 kerat yang masih aku miliki untuk mencari nafkah buat seisi keluarga..anak-anakku pastinya merindui belaian seorang ibu mulai saat dirinya melihat dunia...aku mencari pendamping hati ini bukan sekadar sebagai isteri tetapi sebagai ibu buat zuriat-zuriatku...semoga tarbiah tersemai subur mekar mewangi buat keluargaku..*cakap macam dah ada anak je*
No comments:
Post a Comment