Sunday, April 15, 2012

Khas Buat Bakal Ratuku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم







Ratuku,
Inginku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Dipetik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang ku lihat hari ini,
Semakin banyak,
Bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh,

Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa,
Yang berlari-lari antara Safa & Marwah,

Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Menanti kekasih di pintu syurga.

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aisyah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,

Kerana,
Aku tidak layak berharap sedemikian rupa,
Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu syurga.

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti,
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
Tapi itu hanya ujian buatmu.

Ratuku,
Esok musim bunga,
Pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetik mu lagi,
Jangan goda,
Kumbang-kumbang ganas menghisap madumu,
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerana,
Kau Ratu idaman kalbu.

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya,
Tapi,
Bukan itu yang kuharapkan.

Aku yakin Ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang bisa membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU YANG BENAR-BENAR RATU

No comments:

Post a Comment