بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

urggghh.semua nampak FERUST tak kisahlah tertonggeng, terbungkam atau tertiarap sekalipun bila mana perkataan "susur galur", "salasilah" or "sejarah" menggelek2 di hadapan kaca laptop or even iPad masing2...
orait chill, tenang, take it easy..hayati kata2 penuh makna daripada Imam Abu al-Qasim al-Junaid nih
"Sirah adalah satu tentera Allah yang akan menguatkan HATI"
Kembali Si Kopiah Putih menabur ilmu untuk disemai di batasan minda yang mengimpikan cahaya redha Illahi...

"Manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah,terpilih juga mereka semasa Islam,sekiranya mereka faham"-Shahih Bukhari & Muslim
Jadi apa yang kalian faham?..sapa jawab dengan tepat boleh tahu siapa Si Kopiah Putih sebenarnya(Bajet betul)...haaa...ok kalau tak faham or mungkin not so clear..pegi bilik adik korg yang tingkatan 1 or mungkin tingkatan 2 (ana pun dah lupa), selongkar2 sampai jumpa Buku Teks Science versi English (pastu kemas balik taw)...apa itu logam?..apa ciri2 zarahnya...??
Logam-berharga,boleh dilentur
1.Berharga
yeah..kita memang berharga...masakan tidak, hamba yang angkuh memikul tanggungjawab di muka bumi ini..tiada makhluk lain yang sanggup selain kita...tentu ada sebab asbab mengapa kita dipilih...takkan terpilih Lionel Messi memenangi Ballon D'or 3 kali berturut2 kalau bukan dia pemain bolasepak TERBAIK..takkan pula murtabak Mekasar di Pekan mampu menghabiskan jualannya walaupun baru berapa jam berniaga kalau bukan juga mereka TERBAIK..takkan menang Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan si adik Muhammad bin Isaac jika tidak dia yang TERBAIK..ceh main reka je..tapi itulah kenyataannya..kita TERBAIK cuma kekadang title itu punah hancur dek kelenturan akidah ummah kita sendiri..nah ini dalilnya...
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍTerjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.at Tin ayat 4

2.Boleh Dilentur
inilah manusia..mengapa kita diandaikan umpama logam yang bisa dilentur..cuba kita fikir sejenak bila mana logam dilentur lalu menjadi cincin permata yang sungguh indah menambah seri si pemakainya..ngeh..baru cun melecun buat mahar untuk zaujah nanti..ngeh lagi..TAPI bila mana logam dilentur menjadi paku yang akhirya karat hingga terjejas diri & orang lain...RUGI SUNGGUH...kita akan menuju satu persimpangan yang hanya akan ada 2 pengakhiran iaitu Syurga atau Neraka..jadi sekarang boleh pilih mana satu...
Amalkan 2 doa ini dalam kehidupan seharian..sila2..baca,faham,tulis,hafal & amal...
يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]
يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik'Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”[HR. Muslim (no. 2654)]
itu saja..Jazakallah khairan kathira
No comments:
Post a Comment