Saturday, April 28, 2012

Srikandi Osem!!! #Asiah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




Ini kisah super Kool...super fabulous...sumpah style...genggam tangan letak didada kiri..sumpah kagum aku...eh...org pernah baca lah...baca je lah lagi...osem kot...jom baca lagi dan lagi
Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.
Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa
Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak.
Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya.
Di hadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun. Kemudian Fir’aun berkata:“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka.

IKini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah ingkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.
Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun.
Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah.
Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah ingkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah.
Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil.
Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:-
“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun” Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya.
Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:“Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya..”

Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah.
Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu: (i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT. (ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT.

Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.
Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu.Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah.
Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran:
Maksudnya:-“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim” surah at-Tahrim ayat 11

Walaupun ada beberapa khilaf dalam kisah nie..tp ke"osem"an Iman Asiah still aku kagum...huissh..kalau beliau hidup zaman nie mmg aku tabik spring 3 kali depan2 dia

Monday, April 23, 2012

Mom!!!...I need you!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 السلام عليكم

Tarbiah si Ibu


Olala..kembali bersiaran secara langsung bersama pengacara anda pada hari ini di Studio Rakaman TV al-Hijrah...bersama saya, ya memang tidak asing lagi panel tetap kita, Brother Si Kopiah Putih yang datang jauh dari Papua New Guinea katanya..Si Kopiah Putih: "Ya saya..ehem2"..*penonton bersorak*....wowowowo..perasan betul...jadi tajuk yg kita akan bincangkan pada hari ini memang mempunyai signifikannya tersendiri...dan tajuk ini sedang hangat diperbincangkan di 'pencecet' ataupun 'mukabuku' or even 'belog2'...jadi kita terus serahkan majlis kepada panel kita...

Bro SKP terus mengambil mic lalu melontarkan suara serak2 basahnya...takde keje betul...hayatilah bait2 kata yang terkandung dalam lirik lagu ini...


HIJJAZ-Belaian Ibu
Tertanam naluri keibuan amat mendalam 
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan 
Oh... ibu 

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu

Bro SKP:
*selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم*...uhuk2...itulah sedikit mukadimah daripada ana..saje test suara pagi2 nie...amboi...jadi tajuk yang kita bakal bincangkan sememangnya penting iaitu tarbiah si Ibu untuk anak-anaknya dan tidak lupa juga peranan si suami...dan apa yang ana lihat pada hari ini masyarakat memandang enteng akan perkara ini seakan-akan ianya tiada kepentingan langsung..jadi saya menyokong sepenuhnya buah fikiran yang diutarakan pihak penganjur untuk mengetengahkan isu ini..mantap betul!!!...

"Anak-anak bagaikan permata ayah bonda...Mereka merupakan penyejuk hati dan penenang perasaan...Anak-anak menjadi pengerat kepada hubungan suami dan isteri....Bahtera rumah tangga pasti sunyi dan hambar tanpa anak-anak sebagai penyerinya...Membalas keperitan dan kedukaan mereka dengan kasih sayang menyebabkan ayah dan ibu bertambah kasih kepad anak-anaknya..."


Baiklah sekarang saya ingin berkongsi satu Hadith riwayat Ibn Majah

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: "Muliakan anak-anak kamu dan tunjukkan kepada mereka adab-adab yang baik." 

Sebaik-baik didikan adalah di rumah...Jadi ana ingin berkongsi satu lagi kisah benar lagi shahih daripada Prof Dr Muhaya:


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini.Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak(ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu,pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"


Ustaz Don Daniyal

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :) 
Purple?


#Alhamdulillah...sememangnya plan aku dari sekolah menengah dah nampak ada bukti positif...tak sia2 berdebat melawan 7 wirawati 5 Tabah mempertahankan ideologi aku untuk menetapkan isteriku tidak bekerja setelah mendapat zuriat yang pertama...bukan menghalang kebebasan isteri tetapi aku faham tanggungjawab yang bakal dipikul...cukuplah dengan tulang 4 kerat yang masih aku miliki untuk mencari nafkah buat seisi keluarga..anak-anakku pastinya merindui belaian seorang ibu mulai saat dirinya melihat dunia...aku mencari pendamping hati ini bukan sekadar sebagai isteri tetapi sebagai ibu buat zuriat-zuriatku...semoga tarbiah tersemai subur mekar mewangi buat keluargaku..*cakap macam dah ada anak je*

Sunday, April 15, 2012

Khas Buat Bakal Ratuku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم







Ratuku,
Inginku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Dipetik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang ku lihat hari ini,
Semakin banyak,
Bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh,

Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa,
Yang berlari-lari antara Safa & Marwah,

Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Menanti kekasih di pintu syurga.

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aisyah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,

Kerana,
Aku tidak layak berharap sedemikian rupa,
Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu syurga.

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti,
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
Tapi itu hanya ujian buatmu.

Ratuku,
Esok musim bunga,
Pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetik mu lagi,
Jangan goda,
Kumbang-kumbang ganas menghisap madumu,
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerana,
Kau Ratu idaman kalbu.

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya,
Tapi,
Bukan itu yang kuharapkan.

Aku yakin Ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang bisa membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU YANG BENAR-BENAR RATU

Wednesday, April 11, 2012

Alhamdulillah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

tiada kata seindah bahasa yang mampu dilafazkan tatkala menerima khabar gembira dari seberang melainkan rasa syukur padaNya...Bandung, di situ rakan karib ku berjihad di jalanMu ya Allah...bukan mudah untuk berjuang di bumi asing...tambahan pula, berpisah dengan keluarga dalam suatu jangka masa yang lama, sukar...

sebaik pulang dari padang pada ketika mood ini tidak menentu, kecewa akan disiplin yang rapuh oleh rakan sepasukan..bukan semua tapi sedikit cuma...AKU TERSENTAK...berita gempa bumi berukuran 8.7 scala ritcher di Acheh...



mari lihat lokasi gempa bumi semalam...




syukur Bandung selamat


Bandung jauh sket dari lokasi..Malaysia lagi dekat rupanya



no indon so malas nak save contact =P...kau lagi risau anak buah daripada diri sendiri...aku dikelilingi pemimpin yang hebat sejak sekolah...




baiklah sahabat, moga dikau aman berjihad di sana...ini untukmu..

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
p/s:kau mesti tahu surah apa & ayat berapa



Tuesday, April 10, 2012

Susur Galur Aku, Kau & Dia #3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم



urggghh.semua nampak FERUST tak kisahlah tertonggeng, terbungkam atau tertiarap sekalipun bila mana perkataan "susur galur", "salasilah" or "sejarah" menggelek2 di hadapan kaca laptop or even iPad masing2...

orait chill, tenang, take it easy..hayati kata2 penuh makna daripada Imam Abu al-Qasim al-Junaid nih

"Sirah adalah satu tentera Allah yang akan menguatkan HATI"


Kembali Si Kopiah Putih menabur ilmu untuk disemai di batasan minda yang mengimpikan cahaya redha Illahi...




"Manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah,terpilih juga mereka semasa Islam,sekiranya mereka faham"-Shahih Bukhari & Muslim

Jadi apa yang kalian faham?..sapa jawab dengan tepat boleh tahu siapa Si Kopiah Putih sebenarnya(Bajet betul)...haaa...ok kalau tak faham or mungkin not so clear..pegi bilik adik korg yang tingkatan 1 or mungkin tingkatan 2 (ana pun dah lupa), selongkar2 sampai jumpa Buku Teks Science versi English (pastu kemas balik taw)...apa itu logam?..apa ciri2 zarahnya...??

Logam-berharga,boleh dilentur

1.Berharga
yeah..kita memang berharga...masakan tidak, hamba yang angkuh memikul tanggungjawab di muka bumi ini..tiada makhluk lain yang sanggup selain kita...tentu ada sebab asbab mengapa kita dipilih...takkan terpilih Lionel Messi memenangi Ballon D'or 3 kali berturut2 kalau bukan dia pemain bolasepak TERBAIK..takkan pula murtabak Mekasar di Pekan mampu menghabiskan jualannya walaupun baru berapa jam berniaga kalau bukan juga mereka TERBAIK..takkan menang Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan si adik Muhammad bin Isaac jika tidak dia yang TERBAIK..ceh main reka je..tapi itulah kenyataannya..kita TERBAIK cuma kekadang title itu punah hancur dek kelenturan akidah ummah kita sendiri..nah ini dalilnya...


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
at Tin ayat 4





2.Boleh Dilentur
inilah manusia..mengapa kita diandaikan umpama logam yang bisa dilentur..cuba kita fikir sejenak bila mana logam dilentur lalu menjadi cincin permata yang sungguh indah menambah seri si pemakainya..ngeh..baru cun melecun buat mahar untuk zaujah nanti..ngeh lagi..TAPI bila mana logam dilentur menjadi paku yang akhirya karat hingga terjejas diri & orang lain...RUGI SUNGGUH...kita akan menuju satu persimpangan yang hanya akan ada 2 pengakhiran iaitu Syurga atau Neraka..jadi sekarang boleh pilih mana satu...

Amalkan 2 doa ini dalam kehidupan seharian..sila2..baca,faham,tulis,hafal & amal...

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik'

Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”
[HR. Muslim (no. 2654)]


itu saja..Jazakallah khairan kathira

Monday, April 9, 2012

Oppsss bahaya!!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




Aloha!!!!!...apa cerita para ikhwan & akhawat sekalian...nampak segar,macho,ayu & style je masing2 membaca entry kali nie...sungguh tekun macam mamat gambar di atas..eh iyeke??..anyway,mantop!!!..teruskan membaca....

easy + simple je this time...sesuatu yang MUNGKIN kita tak sedar, atau sedar tapi sekadar retina mata menjeling angkuh melayan cahaya yang terbias dek bisikan syaitan yang menghasut...mungkin juga lupa sebelum ini..."Jadi ana TAMPIL untuk membantu"...ececeh...

Ana/saya/aku/gua/I(eyyyyuuww) terpanggil untuk menyebarkan ilmu yg sgt bermanfaat drpd BELOG seorang ustaz nie...so ayuh kita click



Dah habis baca dari titik pertama hingga noktah terakhir....???...moga semuanya jelas & jika ada perkara yg harus dibincangkan sila tinggalkan komen....Danke Schön(rindu belajar german skola menengah dulu)

Cool di hati manusia belum tentu cool di sisiNya