
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
InshaAllah...kembali untuk menyebar ilmu buat kalian..'SEJARAH'...well, sesetengah students maybe allergic dengan word nie since masa SPM kena bersengkang mata di bawah lampu neon di meja2 dorm untuk memastikan setiap poin yg ada dapat disemai dalam sel2 otak untuk dituai diatas kertas putih bergaris2 pada keesokan harinya..*HOSTEL LIFE*...hmmm...bagi ana sejarah sangat menarik...lebih2 lagi sejarah ketamadunan Islam..namun di sekolah kita lebih dimomokkan dgn ketamadunan eropah yg kononnya hebat...mmg ada kehebatannya tp akuilah tiada tamadun yg hebat melainkan Islam...KENAPA?ana bakal kupas satu persatu...inshaAllah...
Menurut IBNU MISKAWIH
Sejarah adalah catatan tentang berbagai pengalaman umat manusia

Menurut IBNU KHALDUN
Sejarah adalah rekaman tentang kemajuan dan kemunduran, kejayaan dan kejatuhan umat manusia
Jadi cukup untuk pendefinisian,muntah hijau sorang2 kalau cakap pasal definisi je...kita beralih kepada sejarah manusia...siapa kita?????
mengapa kita dicipta???apa tugas kita di muka bumi Allah taala yg luas ini????
1.SIAPA KITA
Adakah kita Melayu Muslim???atau Muslim Melayu???...soalan yg simple tp belum tentu mampu dijawab dengan lisan yg lancar...mari kita telusuri sebaris ayat suci al-Quran yg dipetik daripada Surah al-Baqarah ayat yg ke 132..
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
Ayat ini menerangkan bahawa Islam adalah satu2nya agama yang diredhai Allah sehingga ke hari kiamat...matinya seorang insan itu dalam keadaan dia beriman kepada Allah,maka inshaAllah ganjaran yg hebat menantinya kelak...jika sebaliknya...nauzubillah min zaliq...
juga menunjukkan bahawa agama Islam itu lebih utama daripada kaum sendiri...diterangkan dalam ayat 10 Surah al Hujraat
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Alngkah indahnya Islam...bagaimana Islam itu mementingkan kasih sayang antara saudara seagama dgn kita..bagaimana Islam itu menganjurkan kemanan dalam kehidupan sejagat...aha!!..tapi,bagaimana caranya untuk kita mengaplikasikan & merealisasikan ayat ini???...ANA ADA SATU CARA YANG PALING MUDAH..."berikanlah salam kepada saudara anda"..kerana apa?salam itu sudah diiringi doa buat saudara kita...jangan pernah lekang dari bibir untuk melafazkan bahasa indah ini..sertakanlah sekali dengan senyuman kerna ia mampu menjadi pengubat hati...Rasulullah SAW sendiri tidak pernah gagal mendahului memberikan salam..jadi,,, bagaimana pula kita???
ayuh!!!...

HULURKAN SALAM,
UKIRKAN SENYUMAN,
HATI TENTERAM,
PAHALA JAMINAN..
wallahualam...inshaAllah bakal disambung..byk lagi yg bakal dikongsikan...semoga bermanfaat...Wassalam...
No comments:
Post a Comment