
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
Wootttt!!!!...amacam?sihat?...
Nie nak story something which is so interesting...yeah..absolutely yes...
Pernah diceritakan ada 2 insan yg bertengkar mengenai mukjizat al-Quran...basically mereka nie bertegang urat berkenaan perkara2 nie--->
1)adakah kalam Allah ini benar2 menyentuh aspek kehidupan secara holistik ???...
2)sejauh mana kebenaran al-Quran yg diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Then macam nie lah lebih kurang dialognya,
Si penyoal: Saudara, boleh tak bagi dalil2 al-Quran yg menyentuh hukum hakam dalam beribadah misalnya..
Lalu lelaki yg disoal memuntahkan segala hujah yang bermain dalam fikirannya..berdasarkan al-Quran..satu persatu dalil dikeluarkan...
Si Penyoal: Ok2...dalam bab2 pergaulan....apa pulak hujahnya...
Masih dijawab tenang oleh lelaki tersebut setenang air Nil yang mengalir...berterusan soalan penyoal dari satu topik ke satu topik yang lain sehingga akhirnya dia bengang kerana semuanya dapat dipatahkan dengan mudah berasaskan al-Quran....
Si Penyoal: (Bentaknya dalam hati)..habis semua mamat nie jawab...apa lagi aku nak tanya...aku mesti cari sesuatu yang boleh buat dia kalah dalam perdebatan kali nie...hmmm...haaaa
Lalu dia tersenyum,
Si Penyoal: Orait, kalaulah al-Quran nie betul2 hebat...betul merangkumi semua aspek kehidupan...cuba tunjukkan cara2 buat ROTI CANAI....
Lelaki tadi tersentak, mana nak cari kaedah2 buat roti canai dalam al-Quran nie...tak pernah ditanya orang soalan macam sebegitu rupa...kali ini beliau benar2 teruji...soalan ini memang sukar untuk dijawab dengan mudah...namun, beliau tidak cepat melatah....
Si Lelaki: hmmm...baiklah..untuk soalan ini bagi saya masa sehingga esok hari...

Si penyoal itu mula terbayang piala kemenangan dalam perdebatan kali nie...sudah bermimpikan menaiki podium dan menerima pingat johan perdebatan yang julung2 kali disertai....
Pada keesokannya,
Si lelaki: anda cuba rujuk Surah al-anbiya ayat 7
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

AhluzZikri bermaksud orang yang lebih arif dalam sesuatu hal...
Alangkah terkejutnya lelaki tersebut...mimpi menaiki podium lantas kabur sedikit demi sedikit...kini yang datang bendera putih tanda menyerah diri..dia akur dengan kekuasaan Allah...tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia...sesungguhnya kalam Allah merupakan mukjizat agung kurniaan Allah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم..
Sekian,wassalam
No comments:
Post a Comment