Monday, February 27, 2012

Susur Galur Aku, Kau & Dia #2


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

InshaAllah...kembali untuk menyebar ilmu buat kalian..'SEJARAH'...well, sesetengah students maybe allergic dengan word nie since masa SPM kena bersengkang mata di bawah lampu neon di meja2 dorm untuk memastikan setiap poin yg ada dapat disemai dalam sel2 otak untuk dituai diatas kertas putih bergaris2 pada keesokan harinya..*HOSTEL LIFE*...hmmm...bagi ana sejarah sangat menarik...lebih2 lagi sejarah ketamadunan Islam..namun di sekolah kita lebih dimomokkan dgn ketamadunan eropah yg kononnya hebat...mmg ada kehebatannya tp akuilah tiada tamadun yg hebat melainkan Islam...KENAPA?ana bakal kupas satu persatu...inshaAllah...


Menurut IBNU MISKAWIH
Sejarah adalah catatan tentang berbagai pengalaman umat manusia


Menurut IBNU KHALDUN
Sejarah adalah rekaman tentang kemajuan dan kemunduran, kejayaan dan kejatuhan umat manusia

Jadi cukup untuk pendefinisian,muntah hijau sorang2 kalau cakap pasal definisi je...kita beralih kepada sejarah manusia...siapa kita?????
mengapa kita dicipta???apa tugas kita di muka bumi Allah taala yg luas ini????

1.SIAPA KITA
Adakah kita Melayu Muslim???atau Muslim Melayu???...soalan yg simple tp belum tentu mampu dijawab dengan lisan yg lancar...mari kita telusuri sebaris ayat suci al-Quran yg dipetik daripada Surah al-Baqarah ayat yg ke 132..

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

Ayat ini menerangkan bahawa Islam adalah satu2nya agama yang diredhai Allah sehingga ke hari kiamat...matinya seorang insan itu dalam keadaan dia beriman kepada Allah,maka inshaAllah ganjaran yg hebat menantinya kelak...jika sebaliknya...nauzubillah min zaliq...

juga menunjukkan bahawa agama Islam itu lebih utama daripada kaum sendiri...diterangkan dalam ayat 10 Surah al Hujraat

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Alngkah indahnya Islam...bagaimana Islam itu mementingkan kasih sayang antara saudara seagama dgn kita..bagaimana Islam itu menganjurkan kemanan dalam kehidupan sejagat...aha!!..tapi,bagaimana caranya untuk kita mengaplikasikan & merealisasikan ayat ini???...ANA ADA SATU CARA YANG PALING MUDAH..."berikanlah salam kepada saudara anda"..kerana apa?salam itu sudah diiringi doa buat saudara kita...jangan pernah lekang dari bibir untuk melafazkan bahasa indah ini..sertakanlah sekali dengan senyuman kerna ia mampu menjadi pengubat hati...Rasulullah SAW sendiri tidak pernah gagal mendahului memberikan salam..jadi,,, bagaimana pula kita???

ayuh!!!...




HULURKAN SALAM,
UKIRKAN SENYUMAN,
HATI TENTERAM,
PAHALA JAMINAN..

wallahualam...inshaAllah bakal disambung..byk lagi yg bakal dikongsikan...semoga bermanfaat...Wassalam...

Sunday, February 26, 2012

Susur Galur Aku,Kau & Dia #1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

Alhamdulillah...ana baru sahaja pulang daripada satu program oleh senior...terasa diri ini sangat beruntung kerana dipilih al-Haliq sebagai penagih ilmu yang tiada pernah kenal erti jemu untuk mengejar tujuan yang satu...mencari mardhatillah...kali ini kami disajikan dengan kisah2 ketamadunan Islam sejak dari zaman junjungan besar Nabi Muhammad SAW sehingga ke saat & detik ini...

Individu Muslim--->Baitul Muslim--->Masyarakat Muslim--->Kerajaan Islam--->Negara2 Islam--->Empayar Islam--->Ustaziatul 'Alam




entry kali nie sekadar 'APPETIZER' sebelum sajian utama yg bakal dihidangkan tidak lama lagi...oleh kerana ana kepenatan memandu dalam keadaan hujan,inshaAllah akan diteruskan dalam masa yang terdekat..moga ilmu ini bakal disebarkan oleh kalian..=D...sekian,
Wassalam

Wednesday, February 22, 2012

CINTA INFINITI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم


Ahlan wasahlawwamarhaban bikum(baru nak berjinak-jinak balik dgn bahasa syurga setelah hampir 6 tahun meninggalkan bahasa indah ini)...

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai seseorang hamba, lalu memanggil Jibril kemudian berfirman: “Sesungguhnya Aku menyayangi si Fulan, maka sayangilah dia.” Jibril lalu menyayanginya. Seterusnya Jibril memanggil pada seluruh penghuni langit lalu berkata: “Sesungguhnya Allah menyayangi si Fulan, maka sayangilah olehmu semua si Fulan itu.” Orang itu pun lalu disayangi oleh para penghuni langit. Selanjutnya diletakkanlah penerimaan – kecintaan itu baginya dalam hati para penghuni bumi.

Dan jikalau Allah membenci seseorang hamba, maka dipanggillah Jibril lalu berfirman: “Sesungguhnya Saya membenci si Fulan itu, maka bencilah engkau padanya.”Jibril lalu membencinya, kemudian ia memanggil semua penghuni langit sambil berkak hazirah rcsi: kemudian ia memanggil semua penghuni langit sambil berkata: “Sesungguhnya Allah membenci si Fulan, maka bencilah engkau semua padanya.”

Selanjutnya diletakkanlah rasa kebencian itu dalam hati para penghuni bumi.” Dalam hadith di atas Allah memberitahu malaikat bila dia sayang kepada seseorang. Rasulullah saw sendiri memberitahu sahabatnya dia sayang kepada mereka. Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu sayang kawanmu, beritahu dia”. Sayang disini ialah perasaan cinta yang tidak dicampuri nafsu.

Yaa..sayang itu luas skopnya...diibaratkan sayang itu seperti air jernih di dalam bekas kaca yg cantik lagi bersinar(hati)...jika dicampurkan dgn madu keimanan,maka ianya menjadi lebih lazat...sebaliknya jika dicampuri minyak(nafsu) yang hitam lagi pekat misalnya,maka rosaklah akan sekalian air(rasa sayang)..malah kaca juga akan menampakkan kesan yg ditinggalkan...itulah sunatullah...kebaikan & keburukan tidak boleh dicampur sekali...didik hati untuk mengawal nafsu yang bisa mengeruhkan sejernih kaca yang bersinar menampakkan keindahan dinding keimanan...

Amboih..serius sgt perenggan di atas...so this time nak share sebuah lagu nasyid nyanyian Raihan...ana minat lagu nie lebih2 lagi dengar Imam Muda Hasan yang nyanyi...ambil pengajaran daripada bait2 kata yg terkandung dalam lirik yg penuh hikmah ini...bagaimana sayangnya Allah kepada kita walaupun tidak terhitung dosa yg dilakukan..semoga bermanfaat..wallahualam

MENGEMIS KASIH
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Saturday, February 4, 2012

Remaja & Dakwah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم



Alhamdulillah kerana dikurniakan ruang dan kesempatan oleh Allah SWT kpd ana utk menge'post' entry seterusnya....







Cara dakwah bagi remaja:-

1)perbanyakkan bacaan ilmiah
-kuasai ilmu agar mampu menjadi 'role model' kepada sahabat handai
2)dakwah penuh hikmah
-tenang dalam berdakwah...perlu berhikmah dalam penyampaian dakwah..tahu latarbelakang 'target man'...elakkan perkataan yg menyingung...remaja sgt sensitif...elakkan emosi dalam penyampaian...jgn attack..."hikmah itu ciri-ciri orang mukmin"-Ibnu Majah
3)Jangan terhadkan kepada tempat2 ibadah
-luaskan pemikiran dakwah...padang bola juga boleh berdakwah..walhal di tandas sekalipun anda mampu berdakwah
4)bina hubungan terlebih dahulu...
-semai rasa sayang masyarakat sekeliling terhadap anda...inshaAllah dakwah anda akan lebih memberi kesan

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
Surah al-Kahfi ayat 13

Potongan ayat al-Quran diatas menunjukkan peri pentingnya dakwah oleh remaja & terhadap remaja...ana sengaja highlightkan remaja kerana ana juga remaja & golongan remaja juga masih mudah dilentur imannya agar mampu mewarisi kepimpinan Islam pada masa akan datang...

Sekian dari si kopiah putih...Jazakallah khairan kathiran