السلام عليكم

"MALU"
Satu perkataan, seribu erti..lazimnya menjadi Tembok Besar China dalam hubungan manusiawi..sifat ini jika diletakkan di tempat yg betul, digunakan dalam situasi yg tepat, ditafsirkan dengan minda yang waras, maka insyaAllah tiada siapa yang mampu menghalang antum untuk mengecapi kebahagiaan hakiki melainkan kuasa Illahi..percayalah!!!
Haa..mari ikhwan/akhawat, kita hayati hadith ini..
Diriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya:
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas ana yakin kurang popular berbanding hadith di bawah nanti, namun apa yang penting ialah ibrah disebaliknya..junjungan mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri menjadi role model dalam mengaplikasikan sifat mahmudah ini..malu perlu kena pada tempatnya..dan malu itu menjadi mahkota buat Hawa yang tidak ternilai harganya...juga sebagai senjata ampuh si Adam bagi melawan egonya..
Ana bawakan satu lagi hadith popular riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar
sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.”
Jadi, ana rasa kalian pasti sudah arif dalam menzahirkan rasa malu seperti dianjurkan syarak..muhasabah diri masing2..bukan sekadar di dunia nyata, malah di alam maya yang penuh tipu daya..adakah kita malu di 'mukabuku'???, cukup malu di 'pencecet'???, malu di 'belog/velog'???..check sekarang..fikir sejenak...tenung balik keyboard yg selama ini menjadi pentas tari jari jemari sebelum segala perkataan dipos laju ke ruang siber..eh!diri sendiri pun terkena!..*padan muka aku!!*
Namun tergerak hati ini untuk membawa satu skop berbeza dalam konteks sifat 'MALU'..ayuh renung bersama!
Bagaimana anda mengawal rasa malu untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua???-saya cuba membantu semampu mungkin-

Perkataan segan lebih tepat dalam situasi ini..ayuh kita tukar..bila antum sedang duduk bersebelahan dengan orang yang umurnya mungkin sebaya dengan bapa kita, mungkin seorang yang antum rasa lebih layak dipanggil atuk atau pakcik..rasa janggal itu mulai menyerang benak fikiran manusia...beberapa persoalan common bakal terlintas.."haisshh, segan aku nak tegur nanti dia layan ke tidak".."nanti aku cakap macam nie dia tersinggung pulak"...hati rasa nak tegur tapi mulut pantas menafikan..jiwa rasa ingin bermesra namun lidah kelu berbicara pun enggan..inshaAllah ana bakal kongsikan beberapa tips yg disurvey dan juga melalui pengalaman peribadi...
#kenali peribadi atau statusnya(secara kasar)
-cuba ambil masa utk menjeling perwatakan target...scan cara pemakaian beliau..agaknya pangkat/panggilan apa yg layak diberikan??..bagi lelaki yang berusia & beragama Islam..mereka lebih senang digelar Haji (ikut pengalaman) atau masih tidak terlalu keterlaluan utk menggunakan perkataan pakcik..bagi yg bukan beragama Islam, perkataan uncle sudah menunjukkan rasa hormat..bagi wanita...makcik/auntie sudah memadai...kenali jua status mereka..mungkin org berada lebih gemar digelar uncle/auntie..ceh...*ngade2*..dan awas utk golongan Datuk/Datin..yg nie antum semua perlu berhati2..
#mulakan bicara dengan salam seterusnya pertanyaan umum
-ana ingin berkongsi satu tips daripada Uncle Maliki (businessman yg kaya giler)..sebagai seorang bos katanya, ucapan salam itu mempunyai aura tersendiri..biar sebesar mana pangkat kita, sehebat mana pencapaian kita..org yg memulakan salam itu lebih mantop sebenarnya...hal ini sejajar dengan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menyuruh kita untuk memulakan salam..diceritakan baginda seorang yg tidak pernah lambat menghulurkan salam..sentiasa baginda mendahului yang lain..itu kekasih Allah sahabat2...kita nie apalah sangat...malu sket weh!!..seterusnya, gunakan soalan berbentuk umum seperti "maaf mengganggu, pak cik asal mana?".."boleh saya bertanya, datang sini apa tujuannya pak cik?"...itu merupakan benih perbualan..kita susulkan dengan semaian yg mantap..percayalah, ianya akan bercambah menjadi satu pokok perbualan yg subur mekar dicampur pula dengan baja menambahkan vitamin seri hubungan..
#bermanis muka (senyum)
-yaa..inilah baja yang dimaksudkan, taburkan diatas tanah subur perbualan kita tadi..setiap detik yang antum lalui pastinya penuh keterujaan utk terus berbual lagi dan lagi..
#yakin tapi tidak over
-berbicaralah dengan yakin..tunjukkan bahawa antum seorang yang petah berbicara..namun, pastikan tidak melampaui batas...pastikan hormat itu masih menemani setiap isi bicara kita..amalkan sifat rendah diri walau dipuji setinggi langit tujuh sekalipun..
#isu semasa
-harus tahu walau tidak banyak..inilah topik asas tanpa perlu pergi terlalu jauh kepada topik peribadi..khuatir menyentuh sensitiviti individu, lebih baik isu semasa yg dibincangkan..kenali kerjaya mereka dan hubungkan dengan topik perbualan..
#tips extra (untuk bertemu bakal mertua)
-tanya bakal pasangan anda, apa minat bakal ibu/bapa mertua anda..misalnya dia seorang yg gemar membeli kain pasang ..bincangkan hal yg berkaitan..cuba kumpulkan sebanyak mungkin pengetahuan walaupun bukan perkara yg kita minati..jika sama2 suka..wah!!!itu jackpot!!!...fikirkan apa yg mampu menarik minatnya...kita perlu kreatif dalam menambat hati orang penting buah hati..
Perkongsian ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu sahabat-sahabat yang sering berasa janggal untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tua daripada kita..tapi ingat ikhtilat yg perlu kita jaga..mesra juga ada batasannya..
P/s:membantu anti tak?..cuba amal ye..Sila bertanya jika ada soalan
No comments:
Post a Comment