Tuesday, May 1, 2012

Experiment Cuci 3.0

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




Eh...biasa cintan cintun belog anta...ini berbaur siasah...sedang demamkah Meyster Kopiah Putih?...atau terhantuk kuat kepala melanggar seat depan saat driver secara cemas membrek?...pelik!!


Tidak2...ini juga cinta..cintaku terhadap Illahi..cintaku kepada rasulku..cintaku kepada negaraku..cintaku kepada bangsaku...pelikkah jika aku berkata demikian???...tidak bukan???...


"DEMONSTRASI BERGSEH"



Ini perkongsian saksi kejadian...harus diingatkan, suspek bersifat neutral..mengenakan t-shirt biasa tiada warna khas


Pada asalnya, perhimpunan ini dijalankan secara aman...namun, akibat tindakan segelintir demonstator yg melakukan provokasi...di situlah bermulanya satu demi satu noktah hitam buat imej negaraku yang tercinta...
Masakan tidak marah inche kolar biru bila diprovoke ntah apa...manakan tidak nafsu amarah menguasai diri tatkala tugasnya diperlekehkan individu yang tiada kenal erti memahami...


Oppss...Meyster Kopiah Putih sepertinya prokerajaan....

Maaf semua saya Neutral


Kasihan inche serban datang secara aman untuk menuntut pilihanraya yg "bergseh" terkena tempias perilaku si liar...saya juga menuntut


"Because of a drop of nila, spoil a belanga of milk"...hadoi2...


Dan di pihak "gobermen" pula sepatutnya celikkan mata anda seluas mungkin...mana mungkin si bapa tinggalkan isteri & anak2 berpanas berhimpit di bawah terik matahari untuk melaungkan benak yang terbuku di hati...tidak gagah seusia 60an utk berarak menuntut keadilan...sila fikir bukan sekadar tadbir...


Jadi, berbalik kepada saksi yg hensem lagi macho itu tadi...beliau menggambarkan suasana itu seperti hari kiamat, bagaimana org lari bertempiaran ketika mana "canisters" atau nama kampungnya gas pemedih mata ditembak bro2 kolar biru ke arah orang awam...setakat pedih mata potong bawang kat dapur itu baru 1/10 kene canisters..pengalaman menghidu gas berasid tersebut amat menginsafkan hati..terasa seperti sakaratul maut sedang menanti saat menyapa..."Oiii...dah sampai masa nie"...sungguh menyeksakan...ketika itu juga manusia 'menjual ikan' menyelamatkan diri...laksana gambaran kiamat di mana si ibu tidak lagi mempedulikan anaknya...


Disebalik segala kejadian ngeri, seram2 sejuk, itu tadi...Allah memberi bukti keindahan makhluk ciptaannya yang berakal ini..di tepian jalanan, sibuk beberapa individu menghulurkan bantuan tanpa mengenal warna kulit atau agam yang dianuti...di balik teduhan bangunan teguh megah menghiasa kota metropolitan itu, kelihatan jua insan simpati memberikan garam sebagai penawar asid yang merebak hingga menyeksa organ dalaman mangsa...peniaga mudah menghulurkan garam percuma kepada insan dalam penderitaan...kedai2 runcit kosong..tiada lagi yang boleh diniagakan..semuanya lesap dibeli pengunjung..dalam suasana cemas tiada yg mengambil kesempatan mencuri...cuma kelihatan sepasang anak muda mengutip sisa elektronik yg tertinggal di atas jalan..Wah..jackpot!!!


Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Tidak ada keutamaan bagi orang arab ke atas orang ajam (selain Arab) dan tidak ada keutamaan bagi orang berkulit hitam dengan orang arab melainkan taqwa".(Ahmad)



Jadi Ikhwan & Akhawat sekalian..setiap yang berlaku membuka ruang untuk minda kita berfikir...apa yang Allah tentukan untuk kita???...apa yang harus dibuat & apa yang tidak???...


Sebuah Atsar daripada Ibn Abbas & Abu Darda' r.a berkata keduanya,"Berfikir sesaat lebih baik daripada bangun sepanjang malam"



Paling ana respect bila seorang photographer(mat saleh) membidas tohmahan seorang rakyat Malaysia

"Saya orang Islam
Isteri saya orang Malaysia
Saya tinggal di sini
Kamu Jangan Biadab"

Hamek kau peluru tahi ayam tepat kena atas muka..tersipu-sipu elak muka merah padam takut dirakam kemas si abang kamera...




#sekali lagi ana katakan..ana neutral..sedang exam ketika mana demonstrasi sedang berlangsung..hehe..Ya...parti mana yang disokong??UNDI ADALAH RAHSIA...yang penting, hati masih percaya akan bangkitnya sistem khalifah di muka bumi..


No comments:

Post a Comment