Thursday, May 31, 2012

Hoho...bang2 b00m!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




Hahahaha...*gelak besar sambil makan kuaci atas katil*...nak guling2 tak boleh...kaki masih kritikal...tangan kiri memangku tangan kanan sambil menguyah hancur kuaci...dia terkena!!!...eh!!!...sakit2 masih mahu kenakan orang..tidak sedarkan diri...

Itu memang kerja luar alam...dari sekolah menengah memang aku suka bagi kejutan...even penolong2 aku di sekolah terkena tempias kenakalan anak bongsu ini...

even mende nie plan dgn akak yg memang sekepala ngan aku dan mak abah memang tak tahu...ntah..mula2 takut abah marah...mak no hal...ceyt sekali abah pulak yang risau.."nape tak jemput awal2, nanti terlepas waktu melawat"..begitulah lebih kurang responnya..aku apa lagi...senyum lebar seronok..rasanya denyutan kasih lutut ini turut ikut sama..masakan tidak insan yang paling aku nantikan selain keluraga akhirnya datang jua...lagi pula 'kerja luar alam' ini didorong oleh pertanyaan mak abah mengenai keadaannya...sungguh aku tak sangka mereka prihatin..*terharu*

Memandangkan itu kerja luar alam...aku sepatutnya yang tampil menghulur maaf...ya!..aku perlu!...sebenarnya mak baru sahaja bangun dari lenanya...penat menjagaku seharian..alhamdulillah terubat dek "give me 5" abah!!...sempoi!!!..maaf, mak sememangnya begitu..dengan menantu dia yang dua itu pun dia menjaga kata agar tidak terlepas yang tak sepatutnya...abah...haha...macam tue lah...akak dgn teman2ku memang dia boleh ngam je...semalam tak tahulah macam mana...

Sumpah happy!!

Lastly, Jazakallah to everyone yg sudi melawat aku...hari nie aku discharge...jazakallah juga kepada pihak hospital kerana layanan yang mantop!!...doctor,nurses,makcik cleaner,semuanyalah...tak lupa kepada TNB yang sememangnya dari dulu menaja kami sekeluarga...alhamdulillah...inshaAllah nanti aku menabur jasa kepada kalian biarpun dahulunya menolak biasiswa yang ditawarkan..

Semoga kalian dapat doakan aku agar sembuh secepat mungkin...11 May dah nak bertolak..so kene kuat!!...

P/s:maaf ye....aku mmg advance sket bab2 macam tue...anyway,aku sgt happy!!! ..nak2 nampak tudung tue!!

Tuesday, May 29, 2012

Luahan kata belaian rasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

2-3 hari nie tenat sungguh aku melayan perasaan...satu persatu harus ku telan dalam2 agar tidak terasa oleh oesophagus terus ke usus untuk dicerna sepantas mungkin...satu saat cukup!!!...moga detik itu berlalu deras bak aliran arus Air Terjun Niagara...ssshuuhhh!!..pi main jauh2!!!...

Baru sebentar tadi Dr Mazlan tampil untuk bertanyakan khabarku...tenang..."Ya Doctor, tiada apa2 masalah"...pantas mulut ini bertanya, "Bila boleh balik Doctor?"..."Kita tengok dulu, malam nie awak tidur sini lagi."....

Kali ini giliran mak, "InshaAllah kami sekeluarga akan ke **********,tiket semua dah beli, jadi macam mana doctor?"...ouh...air muka Dr terus berubah, mak ikut sama..."sebenarnya awak perlu berehat selama 6 minggu baru boleh jalan", perlahan suaranya...wajahnya memantulkan cahaya simpati...







Mak terpaku di atas kerusi...aku hanya mampu tertunduk tiada apa yang mampu aku ungkapkan...hati ini remuk redam malah secara sinis cuaca memerli ku saat ini...mendung awan hujan di luar pula yang menyapa di jendela tatkala diri ini mengharap sinaran suria membawa berita gembira..

Tidak mengapa...bagai ada suara nun jauh di sudut hati menyapa...tersentak..

Lantas ini jawapannya!!

وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Surah Yusuf ayat 87

Adeh...tuu dia sebiji guli bagai dibaling si kanak2 riang tepat menuju kepala...tersentak...layakkah aku meragui rahmat Illahi???...layakkah hamba sepenuh masa ini tidak meyakini janji Tuannya???...

Mohon sahabat2 yang ana kasihi kerana Allah subhanahu wa taala..doakan diri ini agar segera pulih kembali normal...agar diri ini bisa menjadi hamba yang sempurna ibadahnya...agar diri ini tidak lagi menyusahkan insan sekeliling...tidakku coretkan kata2 ini sekadar meluahkan rasa, apa yang ku harapkan kalian mengambil iktibar, biarlah aku sahaja yang pernah menanggung segala susah payah ini...

Wallahualam mussawab..

Sekali sekala menangis apa salahnya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

Ini live dari KPJ Kajang...haha...liputan secara langsung dibawakan khas oleh Celcom.."it's in your hands"...*promosi2*

Alhamdulillah...lebih kurang pukul 12 tghhari tadi ana selamat diusung keluar dari bilik bedah setelah dimasukkan kira2 pukul 10 pagi...

Huissh..saat diri ini dibaringkan di atas pelantar bedah, kelihatan staf2 bertugas sibuk dengan persiapan di sisi kanan & kiriku...badanku mula menggigil, getus hati kecilku..."adakah ini juga dirasai para ibu di luar sana?"...macam mana mak dulu?...saat diriku hanya tahu menangis melihat seisi bumi...mak masih tersenyum melihat anak bongsunya selamat dilahirkan..itulah ibu...tanya satu dunia sekalipun...ibu mana yang tiada rasa gembira walau sekelumit cuma dalam hati mereka?...walau selepas itu anaknya nekad dibuang dek ketelanjuran bersama pasangan, pasti, ya pasti masih ada rasa gembira menimang cahaya mata...percayalah!

Sungguh aku terasa lemah...tidak mampu mengorak langkah..walau untuk ke tikar sejadah...terlantar aku hanya berserah...

Sayu, saat Asar menjelang tiba..mak bersama botol air mineral menolong ku berwudhu'...abah, membelai lembut kakiku melengkapkan rukun wudhu'..akak setia menolong di tepi...tiada kata2 keluhan walau sedikitpun...ketika sujudku yang terakhir, bergenang airmata ini menahan sebak...sukar, tetapi ku tahan jua...agar tidak terlihat wajah sedih ini di hadapan mereka..ya Allah!!!..rahmatilah kami seisi keluarga!!!

Sedikit kalam Allah buat renungan!


وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"
Surah Ash-Shuara ayat 80

Status anti kan??

p/s:Mak tanya,"Orang Banting tak datang ke?"..:)




Sunday, May 27, 2012

Aku redha!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

Fuh...*mengesat peluh di dahi*...packing barang...part nie memang macam ada guni gandum 50 kg menghempap kaki aku...rasa berat semacam nak buat...semua ini gara2 aku alah terhadap habuk...kalau kat rumah job nie mmg aku dikecualikan...mak, abah & family dah faham...kalau terpaksa sgt aku akan pkai mask ala2 pakcik kat bawah nie...haha...cool bukan?





Tapi..geledah punya geledah...kemas punya kemas...ini dia barang berharga aku jumpa....opss...





Haha...mesti korang nak usha siapakah gerangan yang bertuah tersebut...tak payah mengada...itu rahsia...btw, thanks again for your concern...=D...

So malam nie aku akan mula meninggalkan kampus dan menginap di hotel mewah bertaraf 7 bintang...korang mesti dengki...nie hotelnya





Yeay...aku ada 'hal' disitu..hal yang perlu segera aku laksanakan...ada seorang rakan berjenaka dan menggelar ku cacat...

Sungguh, gurauan mu itu benar...ya!..aku cacat...aku tidak lagi normal seperti dulu...

Kepada yang ada jadikan aku sebagai calon kalian..*tuuiii,ko ingat ada ke?*...takpelah aku perasan kejap...harap fikir 300 hingga 400 kali...lebih takpe, kalau 299 tue kena cukupkan jugak 300 kali...takut nanti ada yg menyesal punyai suami yang serba serbi kurang...

Aku redha!





Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru..tuu dia!!!!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم





*bunyi gendang intro majlis*

Anugerah guru terbaik sepanjang hidup Muhammad Izzat Syakir bin Ishak jatuh kepada......*dada turun naik, nafas tidak menentu, peluh mula menuruni kerut dahi, tangan digenggam erat*...

Hajah Siti Rosminah bt Karimon &
Haji Ishak bin Kassim


*pewiiittt*...*clapping*...

Esok call parents kita dan ucap "Selamat Hari Guru Osem"...~(~'.')('.'~)~

Tuesday, May 1, 2012

1,2,3 Tepuk!!!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




Seronok mereka bertepuk tangan sambil pinggul menggelek lembut menari keghairahan...haha...makhluk bodoh itu sudah terkena jerat..yaaa..ayuh kita bersorak riang ria huhahuha...si General menepuk bahu anak buah yang beraksi cemerlang

Adegan di atas dilakonkan oleh Syaitan laknatullah

FITNAH!!!

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)



Tirai Experiment Cuci 3.0 baru sahaja dilabuhkan..."watak-watak utama" sibuk mengerah idea merancang babak seterusnya..."pelakon tambahan" kembali sibuk dengan hal masing-masing...kini pemerhati alam maya yang ambil pusing...jaga kata-kata anda..takut nanti anda terlibat sama

AWAS!!!!


Adegan di atas bakal berulang...

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)




- Posted using BlogPress from my iPad

Experiment Cuci 3.0

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




Eh...biasa cintan cintun belog anta...ini berbaur siasah...sedang demamkah Meyster Kopiah Putih?...atau terhantuk kuat kepala melanggar seat depan saat driver secara cemas membrek?...pelik!!


Tidak2...ini juga cinta..cintaku terhadap Illahi..cintaku kepada rasulku..cintaku kepada negaraku..cintaku kepada bangsaku...pelikkah jika aku berkata demikian???...tidak bukan???...


"DEMONSTRASI BERGSEH"



Ini perkongsian saksi kejadian...harus diingatkan, suspek bersifat neutral..mengenakan t-shirt biasa tiada warna khas


Pada asalnya, perhimpunan ini dijalankan secara aman...namun, akibat tindakan segelintir demonstator yg melakukan provokasi...di situlah bermulanya satu demi satu noktah hitam buat imej negaraku yang tercinta...
Masakan tidak marah inche kolar biru bila diprovoke ntah apa...manakan tidak nafsu amarah menguasai diri tatkala tugasnya diperlekehkan individu yang tiada kenal erti memahami...


Oppss...Meyster Kopiah Putih sepertinya prokerajaan....

Maaf semua saya Neutral


Kasihan inche serban datang secara aman untuk menuntut pilihanraya yg "bergseh" terkena tempias perilaku si liar...saya juga menuntut


"Because of a drop of nila, spoil a belanga of milk"...hadoi2...


Dan di pihak "gobermen" pula sepatutnya celikkan mata anda seluas mungkin...mana mungkin si bapa tinggalkan isteri & anak2 berpanas berhimpit di bawah terik matahari untuk melaungkan benak yang terbuku di hati...tidak gagah seusia 60an utk berarak menuntut keadilan...sila fikir bukan sekadar tadbir...


Jadi, berbalik kepada saksi yg hensem lagi macho itu tadi...beliau menggambarkan suasana itu seperti hari kiamat, bagaimana org lari bertempiaran ketika mana "canisters" atau nama kampungnya gas pemedih mata ditembak bro2 kolar biru ke arah orang awam...setakat pedih mata potong bawang kat dapur itu baru 1/10 kene canisters..pengalaman menghidu gas berasid tersebut amat menginsafkan hati..terasa seperti sakaratul maut sedang menanti saat menyapa..."Oiii...dah sampai masa nie"...sungguh menyeksakan...ketika itu juga manusia 'menjual ikan' menyelamatkan diri...laksana gambaran kiamat di mana si ibu tidak lagi mempedulikan anaknya...


Disebalik segala kejadian ngeri, seram2 sejuk, itu tadi...Allah memberi bukti keindahan makhluk ciptaannya yang berakal ini..di tepian jalanan, sibuk beberapa individu menghulurkan bantuan tanpa mengenal warna kulit atau agam yang dianuti...di balik teduhan bangunan teguh megah menghiasa kota metropolitan itu, kelihatan jua insan simpati memberikan garam sebagai penawar asid yang merebak hingga menyeksa organ dalaman mangsa...peniaga mudah menghulurkan garam percuma kepada insan dalam penderitaan...kedai2 runcit kosong..tiada lagi yang boleh diniagakan..semuanya lesap dibeli pengunjung..dalam suasana cemas tiada yg mengambil kesempatan mencuri...cuma kelihatan sepasang anak muda mengutip sisa elektronik yg tertinggal di atas jalan..Wah..jackpot!!!


Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Tidak ada keutamaan bagi orang arab ke atas orang ajam (selain Arab) dan tidak ada keutamaan bagi orang berkulit hitam dengan orang arab melainkan taqwa".(Ahmad)



Jadi Ikhwan & Akhawat sekalian..setiap yang berlaku membuka ruang untuk minda kita berfikir...apa yang Allah tentukan untuk kita???...apa yang harus dibuat & apa yang tidak???...


Sebuah Atsar daripada Ibn Abbas & Abu Darda' r.a berkata keduanya,"Berfikir sesaat lebih baik daripada bangun sepanjang malam"



Paling ana respect bila seorang photographer(mat saleh) membidas tohmahan seorang rakyat Malaysia

"Saya orang Islam
Isteri saya orang Malaysia
Saya tinggal di sini
Kamu Jangan Biadab"

Hamek kau peluru tahi ayam tepat kena atas muka..tersipu-sipu elak muka merah padam takut dirakam kemas si abang kamera...




#sekali lagi ana katakan..ana neutral..sedang exam ketika mana demonstrasi sedang berlangsung..hehe..Ya...parti mana yang disokong??UNDI ADALAH RAHSIA...yang penting, hati masih percaya akan bangkitnya sistem khalifah di muka bumi..