Wednesday, March 28, 2012

Hamek kau!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

kata2 seorang wanita yang mampu meruntun hati si Adam...moga aku mampu menzahirkannya

"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku."

Sunday, March 25, 2012

Jom join golongan Huffaz!!! #1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم




NAK JADI HAFIZ!!!!

Sebaris ayat ini mula mengetuk pintu hatiku..ingin jua ku seru sahabat sekalian untuk kita menjadi wakil Allah menjaga kalamNya di muka bumi...setialah membaca wahai bakal ahli syurga

Kelebihan Menjadi Hafiz/Hafizah

Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :

“Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

Cool bukan?...siapa tak nak free2 bawak family masuk syurga...mak,ayah,zaujah*uhuk2*,anak2...wow...memang Co0l!!
kalau join MalteyLeybelMaketting(bukan nama sebenar) pun korang dah seronok ajak member2 join bawah 'kaki'(term specific) ...paling minimum 2 orang pastu boleh dapat orang bawah lagi...keuntungan fuiyyoooo...katanya macam best je....KENAPA tidak untuk Offer Allah ini??..*MLM tak salah kalau kena cara

kalau pelaburan sampai beratus hinggit boleh sekali gigit kuaci je korang spend mengapa tidak senaskah Kalam Allah berharga hanya 30 hinggit...sekali lagi..HANYA 30 HINGGIT..kalau korang takde sangat money utk dispendkan sila berjumpa Si Kopiah Putih..dia boleh belanja...*ini serius*

woah2!!!ada yang tersentakkah??ada yang sudah ligat berfikir??...cun!!!...bermakna anda berada di landasan yg tepat menuju Mardhatillah...

by the way...ada a few points yg bisa memberi semangat utk ana & antum(ceh sopan pulak) dalam merealisasikan masyarakat celik Quran..bukan setakat celik bahkan crystal clear...hiperbola sungguh

so ini antara beberapa points to be considered

1.Melaksanakan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم
2.Mengisi otak dengan makanan paling sempurna
3.Membentuk manusia yang seimbang seperti Rasulullah صلى الله عليه وسلم
4.Menjadi kerabat Allah (Ahlullah)
5.Membantu Allah mengekalkan al-Quran
6.Kehidupan lebih dekat dengan Allah
7.Pembersih hati yang teragung

dapat tak semua???(lagak seorang cikgu)...

inshaAllah akan dirungkai satu persatu pada masa akan datang...yang pasal ISK pun tak habis share lagi...

Actually isi or contents ini diambil directly daripada buku berjudul "Kaedah Jibril" karya Mohammad Asraff Ayob al-Hafiz...woahhhh...."al-Hafiz"..mengertap bibir jeles Si Kopiah Putih...inshaAllah berazam...ouh lupa terbitan PTS Publication...cuba cari dekat toko2 buku inshaAllah jumpe...ana/saya/aku/gua cari dekat Putrajaya tak jumpa..kat Pahang pun tak...mines pun takde...dan beberapa kedai2 buku yang bersawang di lembah klang semua takde...finally ada seorang sahabat tolong belikan kat MPH Midvalley(bukan sekadar tempat bersosial)...ada satu lagi option...BELI ONLINE...click di sini

semoga bermanfaat...ma'assalama...

Wednesday, March 14, 2012

Cuweet..Suweet..Cuweet..Suweet


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

Tengok tajuk!!!!.....^.^...Ntah apa yg diperngarutkan Si Kopiah Putih nie...mula lah nak berjiwang2 lagak si Romeo & Juliet..mungkin seromantis Shah Jehan kepada Mumtaz....stay tune....baca dulu sampai habis belog 'ampeh' nie...

nak mula ngan pantunlah sikit...

Berlari2 si itik serati,
Jatuh terduduk 'krem' kaki,
Bukan nak jiwang tak henti2,
Actually,ada mesej tersembunyi.

*mood serius tahap gaban*

Diceritakan pada suatu hari puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Siti Fatimah, berkata pada suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib, "Wahai Ali sesungguhnya sebelum menikah, ada lelaki di Kota Makkah ini yang sangat aku kagumi."

Amboihhhhh.....hati si Khalifah meruntun sebak menahan kata2 tajam bak pisau belati menghunus mangsanya..*ayat nak Osem je*...jiwa mana yg tidak kacau pabila si isteri yang amat dicintai sanggup berkata sedemikian rupa...Si Kopiah Putih pun boleh menyirap nie...namun dia lelaki yang hebat, tidak mudah melatah menekan butang panik serta merta...hatinya bermonolog tiada henti..."Siapa lelaki itu?"..."Cool sangatkah?"..."Osem dia lagi ke berbanding aku."...yg Osem ngan Cool tue Si Kopiah Putih menambah je...

Lalu Saidina Ali bertanya,"Jadi kau menyesal bernikah denganku?"....sudah,makin serius si suami & sang isteri berbicara..adakah gunung berapi akan memuntahkan lavanya..

Dengan penuh hikmah Fatimah menjawab,"Tentu tidak kerana lelaki itu ialah KAMU....."

OSEM!!!!!SUWEEEETTTT!!!!COOOOOOLLL!!!!!



So ini Si Kopiah Putih nak pesan...asyik2 kisah romantis si 'Romeo & Juliet' yang diagungkan..kisah cinta 'Laila & Majnun' jadi perhatian..pasal 'Antony & Cleopatra' lah...'Shah Jehan & Mumtaz' lah....memang ada unsur2 keOSEMan di situ TAPI tidakkah kita sedar bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah suami paling romantis di dunia..begitu juga dengan para sahabat...

Yang lagi Cool, Mantap, Osem segala bagai..romantis mereka bersatu dalam garisan dakwah yang selari dengan tutntuan Illahi...itu yang bertambah Cool...

Sapa jadi isteri Si Kopiah Putih digalakkan buat macam nie...baru Cool.....=D

Monday, March 12, 2012

Ikan Salut Tepung Osem!!!







بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
السلام عليكم

*angkat jari telunjuk ngan jari hantu serentak*..ngeh!!

~Kali nie ringkas,padat & mampat~

"Orang yang selalu sangat makan daging MERAH, mereka mudah melenting, mudah marah, dan mempunyai syahwat yang memuncak."
-dipetik daripada kata2 ulama




Senang je, kita gantikan lauk lunch & dinner dengan DAGING PUTIH=IKAN....daripada "AYAM MADU DISADURI KEJU CAIR ITALI" atau mungkin "DAGING SALAI SOS MUSTARD" yang sgt Wooo000w rasanya kepada "IKAN CENCARU STEAM"...sumpah o00uuSyem!!!


Bukan tak leh makan langsung, Tapi KAWAL....

Tertidur itik dikejar anjing,
Anjing mengejar habis stamina,
Jaga makan sangatlah penting,
Supaya menjadi insan bertaqwa.

Saturday, March 10, 2012

Cinta Lagi dan Lagi



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi, dengan taufik serta inayahNya dapat lagi jari jemari ini menari mengalunkan kata2 yang dizahirkan oleh papan kekunci lalu diterjemahkan sebagai entri....

Kali ini,ana/saya/aku/gua nak share lagu nie...best giler...carilah kat internet ek..download free...secara kasarnya, orang akan menilai lagu nie macam nie--->

Lelaki biasa2 saje : "jiwang!!!!...tak habis2 pasal cinta"......-.-
Wanita metropolitan: "I loike...solo suara sedap & lagi penting....handsome...;)...".......-.-
Lelaki Rock..yeyeh..: "gua tak layan nasyid la brader...sorry ek...jap..brader..lu dengar lagu baru gua nie kejap...ganas punye...yeah.."..-.-

Dan macam2 lagi pandangan masyarakat bila tengok tajuk lagu nie,"Antara Dua Kasih"...maaf jika ana bersikap judgemental, itu hanyalah satu andaian rambang yang tiada asasnya...jadi,sebenarnya lagu ini sukar difahami jika liriknya sekadar singgah sebentar di 'eardrum' antum semua....susunan lirik mengikut alunan melodi sepatutnya 'bermalam' sebentar di 'ear canal' lalu terus menuju ke 'ear drum' untuk ditransferkan kepada 'anvil' yang melakukan hantaran ke 'hammer' yang mana 'stirrup' pula mengambil tugas untuk menyalurkan kepada 'cochlea' seterusnya melalui lorong 'nerve' untuk ditafsir otak...haaa...ini baru laluan yang sebenarnya...

Hayati betul2 bait-bait kata yang tersirat...sungguh mendalam maksudnya...beza maqam cinta Illahi & cinta insani...





ANTARA DUA KASIH-UNIC

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Kau ingat 'buku' nie lopek???



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم

Wootttt!!!!...amacam?sihat?...

Nie nak story something which is so interesting...yeah..absolutely yes...

Pernah diceritakan ada 2 insan yg bertengkar mengenai mukjizat al-Quran...basically mereka nie bertegang urat berkenaan perkara2 nie--->

1)adakah kalam Allah ini benar2 menyentuh aspek kehidupan secara holistik ???...
2)sejauh mana kebenaran al-Quran yg diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Then macam nie lah lebih kurang dialognya,

Si penyoal: Saudara, boleh tak bagi dalil2 al-Quran yg menyentuh hukum hakam dalam beribadah misalnya..

Lalu lelaki yg disoal memuntahkan segala hujah yang bermain dalam fikirannya..berdasarkan al-Quran..satu persatu dalil dikeluarkan...

Si Penyoal: Ok2...dalam bab2 pergaulan....apa pulak hujahnya...

Masih dijawab tenang oleh lelaki tersebut setenang air Nil yang mengalir...berterusan soalan penyoal dari satu topik ke satu topik yang lain sehingga akhirnya dia bengang kerana semuanya dapat dipatahkan dengan mudah berasaskan al-Quran....

Si Penyoal: (Bentaknya dalam hati)..habis semua mamat nie jawab...apa lagi aku nak tanya...aku mesti cari sesuatu yang boleh buat dia kalah dalam perdebatan kali nie...hmmm...haaaa

Lalu dia tersenyum,

Si Penyoal: Orait, kalaulah al-Quran nie betul2 hebat...betul merangkumi semua aspek kehidupan...cuba tunjukkan cara2 buat ROTI CANAI....

Lelaki tadi tersentak, mana nak cari kaedah2 buat roti canai dalam al-Quran nie...tak pernah ditanya orang soalan macam sebegitu rupa...kali ini beliau benar2 teruji...soalan ini memang sukar untuk dijawab dengan mudah...namun, beliau tidak cepat melatah....

Si Lelaki: hmmm...baiklah..untuk soalan ini bagi saya masa sehingga esok hari...



Si penyoal itu mula terbayang piala kemenangan dalam perdebatan kali nie...sudah bermimpikan menaiki podium dan menerima pingat johan perdebatan yang julung2 kali disertai....

Pada keesokannya,

Si lelaki: anda cuba rujuk Surah al-anbiya ayat 7

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.



AhluzZikri bermaksud orang yang lebih arif dalam sesuatu hal...

Alangkah terkejutnya lelaki tersebut...mimpi menaiki podium lantas kabur sedikit demi sedikit...kini yang datang bendera putih tanda menyerah diri..dia akur dengan kekuasaan Allah...tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia...sesungguhnya kalam Allah merupakan mukjizat agung kurniaan Allah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

Sekian,wassalam