
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
=D...dah brape bulan x post entry...so here i'm back...(ceh..mcm la ade follower)..
Haaaa...ce tgk atas balik...tuee dia title....jiwang bukan main lg....hahaha...rileks....for those yg nak spend masa utk baca,thanks alot...sape yg rasa mcm x penting...well,u're welcome to read other blogs...anyway, stay tune...
"Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah manusia kepada kerendahan yang hina."
Orait guys...take a look of that sayings...agak2 fhm x maksud disebalik ayat tue...hmm...well, at first ana pun x brapa pasti apa yg dimaksudkan...
So ana bg contoh situasi utk difikirkan..
Situasi 1
Si lelaki A menelefon si wanita A hingga larut malam...lalu ditegur sahabatnya, si lelaki X...(amboi pelik nor nama2nye)..
Lelaki X : "Bro,buat apa beb kau telefon minah tue malam2...salah disisi syarak...jaga pergaulan korg..."
Lelaki A : "Hekeleh bai...lek2 suda...bincang pasal hal prefect kot...dia tue penolong aku...pemikiran kasi maju sket brader..."
Itu dia...hmm...jdkan tugas & jawatan sbgi alasan...ok chill dulu...next situation
Situasi 2
Teeeett(ringtone version iPhone berbunyi)...Hawa B menerima sms drpd Adam B...tersenyum sendirian si dia..terpampang pada skrin iPhonenya sebaris hadith riwayat Bukhari & Muslim...wah bagusnya!..tanpa disedari Hawa Y menjeling dari jauh...
Hawa Y : "Apa yg kau tersengih sorg tue...sudah2lah tue bermsg dgn si Adam B...kita ada batas yg perlu dijaga.."
Hawa B : "Ouh please...dia hantar hadith lah..tolong jgn kolot sgt...bukan hantar lirik lagu ke apa.."..
Aha!...lain pulak caranya...sweet lah sgt kan...

Pandangan ana, situasi 1 & situasi 2 sama je...."niat tidak menghalalkan cara"...lupakah kita mengapa diperintahkan manusia menjaga batas pergaulan..mari kita telusuri firman Allah daripada Surah al-Ahzab ayat 53
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ
"Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka, maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka."
Kalimah mataa'an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah memerintahkan kepada lelaki dan perempuan untuk berurusan dengan hal ehwal seperti ini melalui perantaraan HIJAB.
Memetik satu kisah bani Israel yg tercatat dlm al-Quran..pada suatu ketika dahulu,golongan bani Israel dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu kerana dikhaskan hari tersebut utk beribadah kpd Allah swt...namun, mereka menggunakan ke'bijak'sanaan mereka utk mencari helah...dipasangkan perangkap dan jaring supaya ikan-ikan tertangkap dgn sndirinya..dan mereka memberi hujah bahawa itu salah ikan sendiri...lalu turun ayat berikut
وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ لَا تَأْتِيهِمْ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
Surah al-A'raaf ayat 163
Mereka menggunakan akal utk mencari helah terhadap perintah Allah kpd mereka...akal dikurniakan Allah kpd manusia agar dgn akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia...lalu dihukum serta merta dgn turunnya ayat:-
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Surah al-Baqarah ayat 65

Jadi sahabatku sekalian...cermin diri kembali..lihat apa yg telah kita lakukan...renung kembali bagaimana kita mendidik diri agar menjaga batas pergaulan...adakah kita seperti kaum yg hanya tahu berdolak dalih...dan akhirnya disumpah menjadi kera...mungkin juga frasa "Cinta Monyet" diambil dari kisah ini..cinta yg belum pasti kesuciannya...akal juga berkait rapat dgn hati...siapa lagi yang lebih arif akan perihal hati melainkan Dia Sang Pencipta...Dia yang menggeletarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yg berbolak-balik dengan begitu mudah..."Akal itu menteri, rajanya adalah Hati"...baik hati,maka baiklah sekalian anggota selaku hambaNya didunia ini...
Bagi pasangan versi I & YOU, atau mungkin PAPA & MAMA, mungkin jua versi ANA & ANTI..bertakwalah kalian kpd Allah...moga bertemu dijalan cinta hakiki...
Sekian dari ana si kopiah putih...Artikel ini dipetik daripada buku 'Aku Terima Nikahnya' oleh Ustaz Hasrizal dan diubah sedikit mengikut kesesuaian oleh ana sendiri...
Wallahualam..
Assalamua'laikum warahmatullah
No comments:
Post a Comment