بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
Alhamdulillah!!..Allahuakbar!!..Subhanallah!!..Lailahaillallah!!..Astaghfirullah!!
Terbaik sahabat2..secara tak langsung kalian telah bertasmid, bertakbir, bertasbih, bertahlil (lebih tepat meninggikan suara) & beristighfar..mashaAllah!!..mudah bukan??
Baiklah..semalam dikhabarkan varsiti yang ana kasihi, tempat ana menyemai kecintaan terhadap ilmu tidak kira duniawi mahupun ukhrawi nun jauh di ceruk desa letaknya, telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web officialnya bahawa "Students result for Spring can be accessed"
Woahaha..dupdabx2(rentak klise tika hati ternanti2)..pastinya jiwa gundah gulana, tak tentu arah, ditekan keyboard tiada rasa di jemari, dijerit resah pun tak berbunyi, itu belum saat tibanya mati, perhitungan yang dahsyat sakit tidak terperi..

Cuma apa yang ana cuba kongsikan di sini, lazimnya setelah result berada di tangan para pelajar, kita akan terbahagi kepada 3 jenis golongan berbeza:-
Golongan Pertama
(Masuk Bakul Angkat Sendiri)
-habis dicanang serata ceruk dunia..tidak cukup dengan laman facebooknya, berkicau girang sekitar pengicau lalu dikicau semula oleh para pengikut, tidak cukup lagi, blog juga menjadi saksi keangkuhan sang hamba..nah!..*ish teruk sangat perlambangan si Kopiah Putih*...agak2 la sket hoi..opss maaf..biar terkena sket...kebiasaannya golongan ini memulakan status dgn ucapan memuji Allah iaitu Alhamdulillah..wah!mukadimah yang hebat..namun, diteruskan dgn kata2 penyambung yang langsung mencemarkan seri mukadimah di awalnya..sayang...eh!..kami sebar supaya boleh orang lain jadikan contoh...ya boleh!!!..tapi lagi boleh syaitan hembuskan bisikan supaya terdetik rasa riak dalam hati...baik hati2..nauzubillah..
Golongan Kedua
(Pencemuh tegar)
-Haa..ini pun masalah..tika diuji dengan kegagalan kekadang sedikit cuma, diri terlalu cepat melatah..katanya,"Aku dah struggle giler dah, last2 nie jugak dapatnya, tak yah study lagi baik"..uishh..jgn begini sahabat..jgn kita kufur nikmat kurniaan Allah..setiap kesulitan Allah sertakan kemudahan(Surah al-Insyirah ayat 6)..ana bukanlah alim ulama cuma seorang daie yang hina..cuma ana mohon segera bertaubat wahai golongan pertama dan kedua..pergi depan cermin muhasabah, lihat dimana kita
Golongan Ketiga
(Sejuk mata memandang)
-si dia tidak henti2 mengucap syukur saat retina mata fokus melirik keputusan yg tersiar di kaca skrin..baik cemerlang mahupun tidak..tiada keluhan walau sedikitpun terpacul dari mulut..bibir ikut tersenyum..dahi menguncup lantai bumi sujud syukur ke hadrat Illahi...ini golongan yg kita mahu..hanya ibu bapa dan keluarga tempat berkongsi..sekadar mahu kengembirakan hati kedua org tua yg selama ini menjadi aspirasi..macam inikan bagus!!!..bukan kata tidak boleh sebar kat org lain tapi bahaya tahu!!!
Sedikit firman Allah sebagai renungan bersama...
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)
So, what do we have to do?..simple!..pesan Umar imam masjid universiti tempoh hari..jangan sesekali tanya result sahabat anda dan jangan pula menyebarluas milik anda.."biarlah rahsia" bak kata Cik Siti Nurhaliza(masa tue cik lagi)..opss maaf..Dato' Siti Nurhaliza...yg dah terbuat boleh remove, delete atau clear..jgn pula retweet, reshare atau repost...haha..main2 pula ye!..takut nanti org yg baca rasa iri hati atau lagi teruk meluat dgn tindakan kita..takut juga terasa gah di mata manusia bukan disisi maha pencipta..
Kalau kalian setuju, silakan share pada teman2 memandangkan ana bukan ramai follower pun..kalau salah sila tegur ya, kekadang fikiran ini tidak selari dengan hati..khuatir tersasar...

Akhir kalam...
"Jangan kita kufur nikmat saat ini, takut nanti tertunduk
lemah menyembah bumi bila diuji"